“Dia Tahu Di Mana Tempat Dia Dan Tahu Di Mana Nak Balik” – Yusof Haslam Anggap Ibu Bapa Bukan ‘Pengemis Kasih Sayang’ Anak Sendiri

Hiburan

“Dia Tahu Di Mana Tempat Dia Dan Tahu Di Mana Nak Balik” – Yusof Haslam Anggap Ibu Bapa Bukan ‘Pengemis Kasih Sayang’ Anak Sendiri

Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam memaklumkan bahawa cerita mengenai anak sulungnya, Syamsul Yusof tidak pulang ke rumah sejak lima tahun yang lalu sudah tidak relevan untuk dicerita kepada umum.

Menganggap ia sebagai cerita lama, Yusof Haslam merasakan kisah itu tidak manis untuk diulang-ulang.

Advertisement

Yusof haslam enggan jadi pengemis kasih sayang anak sendiri

Terpulang kepada dia sajalah, cerita pun sudah lama, lima tahun, Saya nak terus cakap benda ni berkali-kali pun, pada saya tidak manis untuk ulang benda sama banyak kali.

Tambahnya lagi, ibu bapa bukanlah ‘pengemis kasih sayang’ anak-anak sendiri dan menegaskan bahawa mereka tetap menyayangi Syamsul walau apapun situasi yang berlaku.

Pada saya, dia tahu di mana tempat dia dan dia juga tahu di mana hendak balik.

Ujar pengarah terkenal itu lagi, dia sudah buntu menasihati Syamsul memandangkan anaknya itu sudah cukup besar untuk membuat keputusan sendiri.

Terdahulu, pengarah Syamsul Yusof dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira Kazar pada 19 Ogos lalu.

Kedua-duanya bernikah secara rahsia di Thailand pada 6 Januari tahun lalu dan tindakan itu telah membawa kepada perceraian pengarah itu bersama isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ira kazar bergenang air mata
4 months ago

Ira Kazar Kongsi Foto Laksa Dan Mi Kari, Raut Wajah Bergenang Air Mata Jadi Tumpuan

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...