Pendedahan di TikTok oleh seorang wanita meraih perhatian warganet kerana dia menceritakan tentang suami yang mengamalkan ajaran sesat.
Dedah wanita itu, selepas mengamalkan ajaran sesat suaminya kini sudah tidak menunaikan solat kerana mahaguru sudah menaikkan tarafnya yang membolehkan dia solat hanya dengan niat sahaja.
Puasa pun dia boleh kata tak wajib atas sebab level dia dah hampir tahap wali.
Disuruh tidur dengan mahaguru, kutip derma di pasar malam
Lebih teruk lagi, suaminya malah pernah menyuruh wanita itu dan anak perempuannya berusia 8 tahun untuk tidur dengan mahaguru atas alasan untuk menghapuskan dosa dan boleh masuk syurga tanpa hisab.
Untuk ini (disuruh tidur dengan mahaguru), memang saya lawan cakap suami sampai saya dan anak kena kurung dalam satu bilik gelap dan kaki tangan kami kena rantai. Masa tu, kami dipaksa hafal satu doa untuk minta maaf kepada mahaguru.
Suaminya terjebak dengan ajaran sesat selepas mengikuti rakan dikenalinya sejak zaman belajar dulu kala. Sejak itu, dia tidak lagi memberikan nafkah kepada isteri dan akhirnya turut berhenti kerja sebagai arkitek.
Dia kata kerja arkitek ni dunia je dan lebih baik fokus dekat syurga yang dijanjikan mahaguru dia. Suami suruh saya dan anak kutip derma di pasal malam. Duit itu semua dia ambil dan bagi dekat mahaguru. Saya cuma dapat RM20 untuk makan dengan anak.
Tambahnya, suaminya akan memukulnya sekiranya dia enggan mengutip derma sehingga menyebabkan badannya lebam dan cedera kerana ingkar pada arahannya dan mahaguru.
Cerita wanita itu, pada satu hari dia telah ditangkap oleh pihak JKM kerana kesalahan mengemis namun dia menganggap ia adalah takdir yang membawa kepada dia dan anak diselamatkan.
@puanhazwanizainal FASAKH: SUAMI AMAL AJARAN SESAT Isu ajaran sesat bukanlah isu yang boleh dpandang remeh kerana ini boleh libatkan akidah pihal-pihak. Malah ajaran sebegini boleh merosakkan keturunan. #ajaransesat #doktrinsesat #fasakh #perceraian ♬ Musnah – TikTok – Danial Kifli
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.