“Dia Suruh Peluk, Cium, Raba Dia” – Makin Ramai Tampil Bersuara, Mangsa Dakwa PU Azman Ajak Tidur Berdua

Trending

“Dia Suruh Peluk, Cium, Raba Dia” – Makin Ramai Tampil Bersuara, Mangsa Dakwa PU Azman Ajak Tidur Berdua

Sejak PU Azman didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan atas lima pertuduhan amang seksual terhadap 2 remaja lelaki, makin ramai mangsa yang tampil menceritakan pengalaman mereka pula.

Sebelum ini tular di Twitter tentang salah seorang mangsa yang membuat pengakuan yang didedahkan oleh Caprice di mana dia mendakwa telah diganggu oleh PU Azman.

Advertisement

Terbaru, Caprice sekali lagi memuat naik beberapa cerita daripada mangsa yang lain berkenaan pengalaman mereka dengan pendakwah selebriti itu.

Menerusi Instagram story, beberapa screenshot menunjukkan kisah daripada mangsa berbeza telah dimuat naik oleh Caprice. Salah satu mangsa mendakwa PU Azman pernah mengajaknya lepak berdua dan tidur bersama.

Dia tanya soalan yang naughty. Dia tanya awak sayang ustaz tak. Dia suruh peluk dia cium dia raba dan macam-macam lagi.”

Satu lagi pengakuan daripada mangsa yang lain mendakwa PU Azman sering meminta dia hubungi dan jika panggilannya tidak diangkat, pendakwah itu akan merajuk pula.

Sementara itu, Caprice menerusi Instagram memberitahu bahawa dia tidak akan sekali-kali berhenti untuk mendedahkan sisi gelap individu yang berselindung di sebalik agama.

Sekadar info, Caprice sememangnya dikenali dalam kalangan pengikutnya dengan kelantangan bersuara dan mendedahkan rahsia atau memperjuangkan isu seperti gangguan seksual, pedofilia dan penderaan kanak-kanak.

2 years ago

"Jangan Sampai Cap Bongkar Rahsia PU Pulak" - Sentuh Isu Aurat, Caprice Minta Pu Syed Mohon Maaf Dalam Masa 24 Jam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...