Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Dia Suruh Buat Ujian Kehamilan Di Rumah..” Meskipun Belum Ada Rezeki Hamil, Shuib Sepahtu Teruja Lihat Perubahan Fizikal Siti Sarah

Penyanyi sensasi, Siti Sarah Raisuddin memberitahu bahawa suaminya, pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu teruja melihat tubuh badannya yang kini semakin berubah seolah-olah sedang hamil.

Tambah Siti Sarah lagi, suaminya itu juga turut meminta dia melakukan ujian kehamilan sendiri di rumah. Jelasnya lagi, Shuib turut membeli kit ujian kehamilan beberapa hari sebelum dirinya membuat persembahan di program Lagu Cinta Kita 2 kerana terlalu teruja.

Meskipun keputusan ujian yang muncul adalah negatif, Siti Sarah tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk berbadan dua namun tidak menolak jika dikurniakan rezeki anak kelak.

Advertisement

Siti Sarah turut tampil menjelaskan mengenai perubahan badan yang kini sedikit berbeza sehingga menimbulkan desas desus mengatakan dirinya hamil.

“Saya mengalami perubahan hormon yang agak ketara sekali gus alami peningkatan berat badan secara mendadak. Jujurnya situasi ini berlaku dua tahun lalu ketika saya berdepan masalah anzxiety. Sejak itu berat badan saya meningkat lebih 20 kilogram. Spekulasi mengatakan saya hamil itu tidak benar namun terima kasih kepada peminat yang peka terhadap perubahan fizikal saya.”

Perkembangan terkini, Sarah kini muncul dengan single terbarunya berjudul Terakhir Buat Teman yang turut menampilkan penyanyi Hazama.

Sumber : Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top