“Dia Suka Jatuh Cinta Tapi Tak Pandai Jaga Relay” – Bekas Suami Yakin J.Lo & Ben Affleck Akan Cerai

Dunia

“Dia Suka Jatuh Cinta Tapi Tak Pandai Jaga Relay” – Bekas Suami Yakin J.Lo & Ben Affleck Akan Cerai

Baru-baru ini, penyanyi popular Jennifer Lopez dan pelakon Hollywood, Ben Affleck telah mendirikan rumah tangga setelah sekian lama bercinta.

Susulan itu, bekas suami kepada Jennifer atau lebih dikenali sebagai J.Lo iaitu Ojani Noa memberi pandangannya mengenai berita perkahwinan bekas isterinya itu.

Advertisement

Bagi Ojani, perkahwinan yang didirikan oleh J.Lo itu tidak akan dapat bertahan lama dan sangat pasti ia akan berakhir dengan penceraian seperti yang berlaku sebelum ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jennifer Lopez (@jlo)

Tambahan Ojani lagi, bekas isterinya itu sememangnya merupakan seseorang yang mudah untuk jatuh cinta dan memberitahu J.Lo tidak pandai dalam mempertahankan hubungan dengan pasangan.

Jennifer suka jatuh cinta dan dia sudah bertunangan enam kali. Ben Affleck adalah suaminya yang keempat.

Semasa masih bersama dengan penyanyi kesukaan ramai itu, Ojani berkata J.Lo hanya pandai beri kata-kata manis tetapi tidak tahu merealisasikannya.

Sekadar info, Ojani Noa dan Jennifer Lopez pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 1997, tetapi hanya mampu bertahan selama dua tahun saja. Setahun selepas itu, Jennifer berkahwin dengan Marc Anthony lalu bertunang dengan Ben Affleck.

2 years ago

"Buat Baik Pun Tersakiti" - Amelia Henderson Bagi 'Hint' Dah Berpisah Dengan Aedy Ashraf?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...