Pelawak dan pelakon sensasi, Along Cham mendakwa bapa mentuanya, Suhaimi Shahruddin tiada di mahkamah ketika dia diikat jamin pada Disember lalu.
Menerusi satu sesi temu bual bersama pelakon Didie Alias di D’apetu Show, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad berkata, bapa mentuanya pernah berpesan sebagai seorang lelaki sejati, dia perlu berjumpa dengannya secara berdepan.
Namun, ketika pelawak itu berdepan dengan detik sukar di mahkamah, kelibat ibu dan bapa mentuanya itu tidak kelihatan.
Menurutnya, hanya isterinya, Afreena Suhaimi (Feena) yang hadir.
Soalan saya, di mana mereka ketika saya diikat jamin di mahkamah?
Kenapa keluarga saya, termasuk mak, adik-beradik, keluarga angkat dan kawan-kawan, ramai yang datang menyambut saya? Tapi mana mereka berdua?
Walau bagaimanapun, pelawak itu menegaskan bahawa hubungannya dengan bekas mentua masih dalam keadaan yang baik.
Namun, dia percaya mungkin ada perkara lain yang berlaku tanpa pengetahuannya.
Saya dan mak serta bapa mentua saya okay. Tapi mesti ada sesuatu yang berlaku yang saya sendiri tak tahu. Bapa mentua sepatutnya boleh saja datang dengan anak dia (Feena).
Terdahulu, Along memberitahu akan memfailkan pengesahan lafaz cerai taklik di Mahkamah Syariah Sepang dalam masa terdekat.