“Dia Seorang Yang Jujur..” Zarina Zainuddin Mohon Maaf Gara-Gara Anak ‘Petik’ Nama Rakan Artis Langgar SOP

Hiburan

“Dia Seorang Yang Jujur..” Zarina Zainuddin Mohon Maaf Gara-Gara Anak ‘Petik’ Nama Rakan Artis Langgar SOP

Pelakon senior, Zarina Zainuddin tampil membuat permohonan maaf kepada rakan artis yang disebut anaknya, Azal Azrai dalam sebuah hantaran Instagram di mana dia telah mendakwa artis-artis tersebut telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika hadir di majlis perkahwinan Neelofa dan Haris, baru-baru ini.

Zarina yang dihubungi media memberitahu bahawa dia memohon maaf sekiranya mereka yang disebut itu tersinggung dengan tindakan anak istimewanya itu.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by azalazrai (@azal_azrai)

Mengakui terlepas pandang aktiviti Azal di media sosial dek kerana kesibukan bekerja, Zarina menjelaskan dia juga perlu menjaga hati orang dan mengakui kesilapan tersebut.

Ujar pelakon 30 Pesanan Suara itu lagi, Azal merupakan anak istimewa yang menghidap Autisme menulis yang difahamkan akan mengeluarkan kata-kata mengikut gerak hatinya.

View this post on Instagram

A post shared by azalazrai (@azal_azrai)

Advertisement

“Dia (Azal) yang mengendalikan akaun Instagram itu dan dia memang anak yang jujur. Dia tak tahu nak cakap berpusing-pusing. Dia suka tengok berita dan tahu banyak perkara mengenai isu semasa. Dah macam wartawan. Saya kadang-kadang sibuk dengan urusan kerja dan tak sempat nak memantau. Jadi kalau ada benda yang dirasakannya tak betul, dia akan cakap secara terus.”

Tambah Zarina lagi, Azal memang seorang yang menjaga SOP di mana dia mempunyai banyak cecair pembasmi kuman dan selalu membawa banyak pelitup muka.

View this post on Instagram

A post shared by azalazrai (@azal_azrai)

Semalam, Azal dilaporkan telah memuat naik beberapa keping foto artis seperti Awal dan Scha, Hannah Delisha dan suami, Izara Aishah dan Adib Khalid serta mendakwa mereka ini tidak memakai pelitup muka dan melanggar SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. tecit

    April 23, 2021 at 11:06 am

    oh shit. rasenye azal aware yg awal ade mention dalam ig die die bukak mask while bergambar & makan je. he should be aware of that sebab as far as i know die tau semua media sosial artis mesia ni. mcm wartawan dah. i think he just mad. sebab die dah penat2 ikot sop org lain selambe badak upload.

  2. Anonymous

    April 22, 2021 at 12:55 pm

    bagus aper…at least dia jujur…

    • Dolla

      April 22, 2021 at 2:33 pm

      kan…….

Loading...