Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Dia Seorang Individu Yang Baik..” – Noraniza Idris Lega Dapat Kenali Hati Budi Michael Ang Dengan Lebih Dekat

Majlis Anugerah MeleTOP ERA 2020 (AME2020) yang berlangsung pada malam tadi telah menyaksikan pelbagai perkara kejutan yang tidak disangka-sangka. Dari momen lamaran pelakon Kamal Adli untuk menikahi Uqasha Senrose, pentas tersebut turut menjadi saksi tamatnya persengketaan antara pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang dan juga penyanyi terkenal, Noraniza Idris.

Ini berikutan isu kritik mengkritik antara dua personaliti itu sehinggakan menyentuh hal-hal sentiviti melibatkan agama dan keluarga kedua-dua belah pihak.

Meskipun begitu, kedua-duanya dilihat telah mengambil peluang untuk saling bermaafan pada malam tersebut.

Advertisement

Noraniza Idris yang kemudiannya ditemui ketika segalanya telah selesai tampil mengulas mengenai tujuan sebenar dirinya ingin bertemu pengarah tersebut. Menurutnya, dia hanya ingin mengenali peribadi pengarah drama itu secara lebih dekat.

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

“Saya nak jumpa Mike (Michael) sebab nak lihat orangnya bagaimana. Ada orang kita tengok dia lantang berkata-kata tapi hatinya tidak begitu seperti contoh Azwan Ali. Bila saya jumpa Mike, ternyata orangnya baik. Jadi saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Michael atas segala apa yang berlaku sebelum ini.”

Noraniza Idris dalam pada itu turut memberitahu bahawa dia telah menegur peminatnya agar sentiasa menjaga tutur kata apabila melontarkan buah fikiran dan tidak sekali-kali mengeluarkan kenyataan sensitif seperti diskriminasi kaum dan agama misalnya.

Sumber : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    December 23, 2020 at 9:55 am

    Bukan dia sendiri ke yang ada kata “mualaf..” ? Tetiber nak tegur peminat untuk jaga tutur kata..kenyataan sensitif (diskriminasi kaum & agama) etc.

    Lain kali terima dengan baik teguran orang (dah memang nyanyi ke laut..so???) dan bersangka baik

    Tak perlu la nak bagi tau satu donia “dia seorang individu yang baik” hanya sebab dan bersemuka…itu pentingnya bersangka baik.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top