Majlis Anugerah MeleTOP ERA 2020 (AME2020) yang berlangsung pada malam tadi telah menyaksikan pelbagai perkara kejutan yang tidak disangka-sangka. Dari momen lamaran pelakon Kamal Adli untuk menikahi Uqasha Senrose, pentas tersebut turut menjadi saksi tamatnya persengketaan antara pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang dan juga penyanyi terkenal, Noraniza Idris.
Ini berikutan isu kritik mengkritik antara dua personaliti itu sehinggakan menyentuh hal-hal sentiviti melibatkan agama dan keluarga kedua-dua belah pihak.
Meskipun begitu, kedua-duanya dilihat telah mengambil peluang untuk saling bermaafan pada malam tersebut.
Noraniza Idris yang kemudiannya ditemui ketika segalanya telah selesai tampil mengulas mengenai tujuan sebenar dirinya ingin bertemu pengarah tersebut. Menurutnya, dia hanya ingin mengenali peribadi pengarah drama itu secara lebih dekat.
View this post on Instagram
“Saya nak jumpa Mike (Michael) sebab nak lihat orangnya bagaimana. Ada orang kita tengok dia lantang berkata-kata tapi hatinya tidak begitu seperti contoh Azwan Ali. Bila saya jumpa Mike, ternyata orangnya baik. Jadi saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Michael atas segala apa yang berlaku sebelum ini.”
Noraniza Idris dalam pada itu turut memberitahu bahawa dia telah menegur peminatnya agar sentiasa menjaga tutur kata apabila melontarkan buah fikiran dan tidak sekali-kali mengeluarkan kenyataan sensitif seperti diskriminasi kaum dan agama misalnya.
Sumber : mStar Online