“Dia Seorang Asnaf Muallaf”-Zakat Selangor

Trending

“Dia Seorang Asnaf Muallaf”-Zakat Selangor

Tular di media sosial sebelum ini tentang kenyataan yang mempersoalkan tentang zakat yang diberikan kepada penama yang berbangsa cina. Satu status telah dimuat naik oleh sebuah page di Facebook untuk meminta pencerahan mengenai satu surat yang dikeluarkan oleh Zakat Selangor ke atas penama Low Heng Cheong.

Zakat Selangor telah menerangkan mengenai isu berkenaan di Facebook rasmi mereka.

Advertisement

“Untuk makluman beliau adalah asnaf muallaf yang mendapat bantuan dari Zakat Selangor.”

Penama masih menggunakan nama tersebut dan ia tidak menjadi kesalahan dalam syarat pengislaman. Berikutan status yang viral bukan sahaja di Facebook tetapi juga di WhatsApp, pelbagai reaksi dilontarkan oleh netizen. Ramai meminta Zakat Selangor memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.

“Kenapa duit zakat nak kena bagi orang bukan Islam. Itu hak orang Islam.”

Selain itu ruangan komen di Facebook Zakat Selangor pula penuh dengan komen kekesalan tentang sikap segelintir rakyat Malaysia terutamanya Melayu dan Islam yang sering mempersoalkan tentang muallaf serta tak boleh membezakan tentang menjadi Islam dan Melayu.

Mengikut definisi mutakhir seperti yang diamalkan di Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan majoriti pusat zakat, mualaf itu secara umumnya merujuk kepada orang yang baharu memeluk Islam. Fatwa Agihan Zakat Selangor 1994 memperuntukkan, mualaf itu ialah:

(a) seseorang yang masuk Islam dan imannya daif, maka adalah diharapkan pemberian agihan ini boleh menguatkan imannya; atau

(b) seseorang yang masuk Islam dan imannya sudah kuat dan ia dipandang mulia oleh kaumnya, maka adalah diharapkan pemberian agihan ini kepadanya dapat menarik orang lain masuk Islam atau agihan ini dapat mempertahankan kejahatan (mengekang kejahatan) orang kafir di sekelilingnya.

Keduanya, seseorang itu dianggap masih muallaf sekiranya di masih baharu memeluk Islam. Maka, di Selangor jika usia keislamannya masih di bawah lima tahun, mereka masih dianggap muallaf dan dalam tempoh itu, seseorang muallaf itu berhak dibantu untuk berdikari dengan dana zakat.

Ketiganya, berapa peratuskah daripada keseluruhan zakat diperuntukkan untuk Asnaf Mualaf setiap tahun daripada kutipan zakat keseluruhan? Adakah peratusan ini statik atau fleksible mengikut keperluan semasa?

Maka, asnaf muallaf dikategorikan sebagai asnaf yang utama atau dalam istilah fikah, asnaf muqaddam.

Tahniah diucapkan kepada Zakat Selangor tentang penerangan yang baik sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran dan ilmu untuk orang ramai.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...