“Dia Sendiri Yang Terbuka Hati..” – Perbezaan Agama Bukan Penghalang Cinta, Kieth Foo Mengakui Sedang Mendalami Islam

Hiburan

“Dia Sendiri Yang Terbuka Hati..” – Perbezaan Agama Bukan Penghalang Cinta, Kieth Foo Mengakui Sedang Mendalami Islam

Pelakon Keith Foo mengakui perbezaan agama bukan sesuatu yang asing dalam hubungannya bersama pasangan, aktres Riena Diana semenjak mereka dikhabarkan sedang bercinta.

Dalam proses dekati agama Islam

Kata aktor tersebut, dia berharap agar orang ramai dapat mendoakan dirinya yang sedang dalam proses untuk mempelajari agama Islam serta mengenali hati budi masing-masing.

Advertisement

Saya anggap fasa ini adalah proses pembelajaran untuk saya mendalaminya dengan lebih dekat. Lagipun soal agama (Islam) ini bukan sesuatu yang asing dalam keluarga saya, namun ini adalah waktu terbaik untuk kami saling mengenali termasuk aspek lain.

 

Cuma buat waktu ini saya memohon doakan yang terbaik supaya apa yang saya lalui sekarang akan lebih indah pada masa mendatang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Keith Foo (@keithfoo)

Berikan sepenuh tumpuan

Di sisi lain, kata Riena, dia ada berbincang mengenai soal agama dengan Keith dan memberitahu aktor itu sendiri yang terbuka hati untuk mempelajari agama Islam.

Kami ada juga berbual mengenai perkara ini dan apa yang lebih indah adalah dia terbuka hati untuk belajar dan mendalami agama Islam bukan semata-mata kerana saya.

 

Sebaliknya dia sendiri yang terbuka hati. Bagi saya selepas saya memilih untuk bersamanya, saya perlu berikan sepenuh tumpuan untuk hubungan ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Keith Foo (@keithfoo)


Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan khabar bahawa Kieth mengakui sedang menjalin hubungan dengan istimewa dengan Riena Diana.

riena diana keith foo bercinta
1 week ago

"Mereka Hanya Bekerjasama Untuk Promosi Produk" - Riena Diana Nafi Rampas Keith Foo Dari Tiz Zaqyah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...