“Dia Sendiri Yang Pilih….” – Aishah Suarakan Tak Puas Hati Pemilihan Lagu & Rakan Duet, Ini Respon Ramli MS

Hiburan

“Dia Sendiri Yang Pilih….” – Aishah Suarakan Tak Puas Hati Pemilihan Lagu & Rakan Duet, Ini Respon Ramli MS

Persembahan kurang memberangsangkan, kurang ‘chemistry’ dengan rakan duet adalah antara sebab Aishah tersingkir pada konsert keempat All Stars Gegar Vaganza.

Itu kata juri, Datuk Ramli MS yang turut mengakui bunyi yang dihasilkan daripada paduan suara Aishah serta Vince juga kurang memuaskan.

Advertisement

Bukan itu sahaja, Ramli MS turut berkata semua juri memberikan markah yang rendah dan pasangan duet itu gagal menghasilkan bunyi yang agak nyaman.

Suami Alyah itu turut memberi komen tentang situasi pemilihan rakan duet dan lagu untuk peserta yang sebelum ini menjadi isu.

Pemilihan lagu dan partner datang daripada artis itu sendiri. Sekiranya tak available barulah kita akan berikan pilihan lain tiga atau empat lagi.

aishah vince

Begitu juga partner duet adik beradik mahu pun penyanyi senior, kedua-dua itu tiada masalah bagi Ramli MS malah akui Ayai turut ditolak 5 markah kerana memanggil penyanyi asal untuk berduet dengannya (Datuk M Nasir).

Dia (Aishah) nak Hafiz Suip tapi tak available. Jadi dia pilih Vince selepas kita mainkan videonya.

Terdahulu, Aishah menerusi hantaran di Instagram menyuarakan rasa tidak puas hati dan persoal tentang pemilihan lagu serta rakan duet untuk konsert tersebut.

Aishah
6 months ago

"Tak Profesional, Buat Muka Dekat Juri" - Netizen Kritik Ucapan Terakhir Aishah Setelah Tersingkir Di All Star Gegar Vaganza

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...