Terdahulu, pelakon jelita iaitu Wafariena Roslan meluahkan rasa terkilan terhadap sikap pengarah yang seolah ‘lepas tangan’ dan langsung tidak bertanya khabar mengenai dirinya selepas mengalami kecederaan sehingga terpaksa dimasukkan ke sebuah Hospital.
Difahamkan, kecederaan tersebut berpunca daripada babak ‘stunt’ yang dilakukan sendiri oleh pelakon berusia 27 tahun itu di dalam penggambaran telemovie berjudul Mata Tak Berhijab.
Menurut Wafariena, babak itu sepatutnya dilakukan oleh pelakon lagak ngeri namun pengarah memintanya untuk melakukan aksi itu sendri.
Susulan itu, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr Ahmad Ibrahim menggesa Wafariena untuk bertemu dengannya dan membuat laporan secara bersemuka.
Jika apa yang didakwanya itu benar, kami di FDAM perlu mendengar cerita di sebelah pihaknya. Bagi pihak pengarah drama saya sudah dengar.
Menurut Presiden FDAM, pengarah itu telah memaklumkan bahawa dia telah mengikut segala prosedur penggambaran yang betul serta menunjukkan cara-cara persediaan yang dilakukan selain turut meletakkan pad keselamatan.
Pengarah itu sudah tanya betul boleh buat. Wafa sendiri yang mahu buat dan dia kata dia boleh buat.
Malah, perbincangan juga sudah dilakukan bersama Wafariena sebanyak tiga kali sebelum penggambaran babak itu dilakukan.
Pengarah juga ada menghubungi Wafa berhubung kecederaan sebaik sahaja penggambaran selesai tapi Wafa tidak membalasnya. Dia sendiri tunjukkan saja mesejnya itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.