Sedar diri dikritik ramai susulan didakwa membuka aib rakan baik sendiri, selebriti Didie Alias tampil menempis dakwaan berkenaan.
Kata Didie, dirinya dipanggil untuk memberi teguran kepada Enot yang didakwa telah menjalinkan hubungan dengan ‘pengkid’ beberapa bulan lalu.
Bahkan, pelakon itu turut persoalkan jika salahkah dirinya sebagai seorang yang pernah rapat dengan Enot memberi nasihat kepadanya.
View this post on Instagram
Jujurnya, saya sendiri pelik apabila Enot mendakwa saya cuba buka aib, sedangkan dia sendiri buka aibnya apabila berkongsi kisah peribadi dalam media sosial.
Didie berkata dia menyerahkan segala keputusan kepada Enot sama ada dia mahu mendengar nasihat ataupun tidak.
Sekadar info, nama Enot menjadi tumpuan di media sosial susulan didakwa ‘bersuamikan’ seorang pengkid.