“Dia Sempat Bisikkan Sesuatu”, Gadis Koma Kemalangan Melayang Dari ‘Fly Over’

Trending

“Dia Sempat Bisikkan Sesuatu”, Gadis Koma Kemalangan Melayang Dari ‘Fly Over’

Nasib malang menimpa seorang gadis apabila dirinya dilanggar oleh kenderaan lain yang menyebabkan dia jatuh melayang dari jejambat di Bangsar. Intan Noor Balqis yang di dalam perjalanan ke tempat kerjanya menaiki motorsikal terhempas ke atas jalan raya.

Kini dia berada di dalam keadaan kritikal dan doktor terpaksa meletakkan dia di dalam keadaan koma kerana jantungnya yang semakin lemah. Tetapi sebelum koma, dia sempat menceritakan kejadian sebenar.

Advertisement

‘Terbang’ dari jejambat

Semasa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di cawangan San Francisco Coffee di Nu Sentral, dia terhempas dan terpelanting betul-betul di hadapan sebuah kereta yang sedang menunggu lampu isyarat.

Ketika berada di atas jejambat tersebut, sebuah kereta Myvi berwarna hitam mencelok di hadapannya secara tiba-tiba sebelum dia bertindak menekan brek kecemasan.

Akibat daripada brek mengejut, dia yang menunggang motorsikal di bahagian tepi telah tersasar sikit ke besi pembahagi jalan dan tiba-tiba terasa tubuhnya melayang.

Kakaknya memberitahu dia sempat cakap ‘sakit sangat’. Helmetnya tak pecah tapi retak.

Doktor terpaksa komakan

Semasa tiba di hospital, dia masih lagi boleh bercerita tentang kejadian yang menimpanya. Kalau diikutkan dia akan menjalani pembedahan untuk masukkan besi di betis dan tangan tetapi tiba-tiba jantungnya lemah.

Bacaan dari 50 turun ke 30 sehingga doktor terpaksa letakkan dalam keadaan koma untuk membiarkan jantungnya yang bengkak berehat.

Buat masa ini, keluarga mangsa memerlukan sumbangan untuk membenarkan mangsa menjalani pembedahan. RM5000 diperlukan untuk memasang besi di betis dan tangan yang patah. Kos ini juga termasuk wayar untuk pemantauan di jantung sebanyak RM1200.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...