Berhubung dengan isu kontroversial penyanyi Shila Amzah tentang perbalahan keluarganya, seorang rakan penyanyi turut bersimpati dengan konflik keluarga temannya itu. Lagi-lagi Shila sedang sibuk bertanding dalam program realiti Famili Duo.
Raja Farah Afzal atau lebih mesra dipanggil Tom, seorang penyanyi yang juga sedang bertanding di realiti program yang sama, menyatakan dirinya turut rasa kasihan terhadap Shila di Story Instagramnya baru-baru ini.
Siannya Shila, di sebalik kita tengok kejayaan dia, rupanya di belakang ada sembunyi sakit pahit yang kita tak tahu.
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, Tom juga berkata dirinya terus mencari kawanya itu semasa di latihan rancangan realiti televisyen tersebut. Dalam video itu, kelihatan dia memeluk erat Shila Amzah, menyampaikan semangat kepadanya.
Tambahnya lagi, dia sampai menangis melihat video Shila semalam. Tom juga mendoakan agar sahabat bertandingnya itu kekal kuat di tengah situasi sekarang ini.
Sampai-sampai terus cari dia. Memang nak sangat hug dia. Saya nangis tengok video semalam. Love you always Shila.
Sebagai info, Shila Amzah bersama adiknya Syahir Amzah dan Tom serta Fuad adalah antara peserta yang akan bertanding dalam program terkenal Famili Duo yang bakal disiarkan tak lama lagi.
Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.