“Dia Selalu Pinjam Duit Kawan” – Tegar Dedah Cerai Sebab ‘Stress’ Tapi Bekas Isteri Ada Cerita Lain?

Hiburan

“Dia Selalu Pinjam Duit Kawan” – Tegar Dedah Cerai Sebab ‘Stress’ Tapi Bekas Isteri Ada Cerita Lain?

Sedia maklum, berita perkhabaran penyanyi muda Indonesia, Tegar telah pun bercerai dengan isterinya, semalam sememangnya mengejutkan banyak pihak.

Perkahwinan yang baru saja berusia 2 tahun tidak dapat ditahankan untuk jangka masa yang lama dan berita itu dimaklumkan sendiri oleh penyanyi berkenaan di platform Instagramnya.

Advertisement

tegar bercerai

Melalui status yang di muat di Insta Story beliau, dia mengalami tekanan perasaan hinggakan badannya menjadi kurus kerana sering menghadapi masalah.

Bukan itu saja, Tegar turut seakan-akan memberi bayangan bahawa masalah kewangan juga merupakan salah satu punca penceraian dan gambar bahagia yang dimuat naik dalam media sosial tidak semestinya menggambarkan mereka tidak mempunyai masalah.

Bagaimanapun, apabila melihat di Instagram bekas isterinya iaitu Sarah Sheilka, dia seperti mendedahkan Tegar sering meminta wang daripada orang terdekat.

Semasa ingin meminjam, bekas suaminya itu sering menggunakan nama ‘isteri dan anak’ untuk meminjam wang biarpun ketika itu mereka tidak mempunyai sebarang masalah kewangan.

tegar bercerai

Pendedah yang dilakukan oleh bekas isterinya itu sejurus sahaja Tegar memaklumkan kepada umum bahawa mereka sudah tidak lagi hidup bersama.

Sekadar info, Tegar dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia 2 tahun.

3 years ago

Matang Pada Usia Muda, Tegar Mengaku Kahwin Awal Sebab Mahu Elak Daripada Zina

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...