Usahawan dan personaliti TV terkenal, Noor Neelofa meluahkan rasa teruja dan gembira apabila dia dihadiahkan sebentuk cincin oleh suami, PU Riz.
Difahamkan, cincin tersebut adalah hadiah sempena hari lebaran yang bakal menjelma tidak lama sahaja lagi.
Dia juga dlihat mengucapkan terima kasih buat suami, Haris Ismail dan mendoakan agar pasangannya itu terus dimurahkan rezeki.
Terima kasih suami, moga mencurah- curah rezeki you sebab cuba bahagiakan isteri.
Neelofa sempat menulis kapsyen perbualan antara dia dan Haris sebelum dibelikan cincin mewah tersebut.
Katanya, Haris ada bertanyakan mengenai hadiah hari raya yang diingini, namun dia tidak memberi sebarang jawapan.
Terdahulu, Neelofa memaklumkan dia telah menerima hadiah seutas gelang tangan daripada suami sempena hari jadinya yang ke-34 pada Februari lalu.
Kata Neelofa, dia sangat tersentuh dengan sikap Haris yang selalu cuba membahagiakan isteri meskipun dia tidak pernah meminta sebarang kejutan atau pun hadiah istimewa.
“Saya tidak pernah meminta itu dan ini tetapi MasyaAllah, selalu cuba untuk membahagiakan isterinya” ujar Neelofa.