“Dia Selalu Bantu Saya Dalam Apa Jua Keadaan..” Pelakon Atiq Azman Buat Kejutan Sejambak Bunga, Mengaku Si Dia Wanita Istimewa

Hiburan

“Dia Selalu Bantu Saya Dalam Apa Jua Keadaan..” Pelakon Atiq Azman Buat Kejutan Sejambak Bunga, Mengaku Si Dia Wanita Istimewa

Tindakan pelakon Atiq Azman yang telah berkongsi foto bersama seorang wanita yang juga personaliti media sosial dikenali sebagai Najiaa di laman Instagram telah menarik perhatian netizen terutamanya pengikut media sosial pelakon berkenaan.

Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah,20 nampaknya enggan membiarkan peminat berteka-teki dan menjelaskan bahawa dia kini memang sedang berkawan rapat dengan wanita tersebut.

Advertisement

Yang lebih istimewa, foto yang dikongsi pelakon drama Nur ini turut memaparkan dia menghadiahkan wanita berkenaan dengan sejambak bunga sebagai tanda penghargaan dan hadiah sempena hari lahirnya.

View this post on Instagram

A post shared by jia? (@najiaa_)

Namun begitu, Atiq menegaskan bahawa meskipun dia dan wanita berkenaan telah mengenali sejak dua tahun lalu namun dia masih belum memikirkan soal cinta kerana ingin memberi tumpuan kepada perjalanan seninya.

“Apa yang boleh saya katakan, kami berkawan rapat dan dia antara salah seorang yang banyak membantu saya.Dah hampir dua tahun saya kenal dia melalui Instagram. kalau boleh saya nak bercakap dan tumpu pada karier saja,soal cinta ni saya belum terfikir untuk ke fasa seterusnya,”

Meskipun dia bersifat terbuka dalam soal-soal peribadi, Atiq berharap agar peminat terus menyokong kerjaya lakonannya.

Perkembangan terkini, Atiq baru sahaja selesai menjalani penggambaran slot Samarinda TV3 untuk drama berjudul Aku Yang Gelar Kau Isteri dan bakal memulakan  penggambaran filem Rasuk pada Disember ini.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...