Tabiat anak kecil yang suka menangis atau merengek untuk meminta susu dari ibunya dan para ibu semestinya sudah ‘masak’ dengan tabiat mereka yang meragam seperti itu untuk menyusu.
Hal ini juga biasa terjadi ketika mereka terjaga dari tidur, dan mereka akan mencari kelibat para ibu untuk menyusu kerana dahaga atau lapar.
Tular di media sosial apabila seorang anak kecil dipercayai anak buah kepada seorang pemuda ‘mamai’ dari tidur dan pemuda tersebut menjadi ‘sasaran’ untuk meminta susu kerana rambutnya yang panjang dan disangka ibu kepada si comel itu.
Video yang berdurasi 24 saat itu memaparkan anak buahnya terus menuju ke arahnya sebaik terjaga dari tidur dan menyelak baju pemuda itu menyusu.
“Anak sedara aku baru bangun. Dia mamai pastu datang kat aku sambil tarik baju aku nak susu. Dia ingat aku mak dia ke woi. Tau la rambut aku panjang. Lepas ni aku potong la rambut”.
Kapsyen tersebut meraih perhatian warganet dan posting tersebut mendapat 5400 retweet dan mencatatkan jumlah tontonan melebihi 100,000 sejak ianya dimuat naik.
“Saya selalu berkunjung ke rumah kakak saudara sejak bantunya berniaga. Rumah kami tak jauh pun, saya menetap di Taman Temerloh Jaya dan selalu ulang alik kalau bekerja”.
“Masa insiden, kami sedang bersantai di ruang tamu. Si comel terjaga dan dah pandang ibunya, kemudian pandang saya, lepastu spontan dia menerpa ke arah saya dan terus selak baju. Agaknya dia tengah mamai”.
Menurut pemuda berusia 24 tahun yang senang disapa haziq, kekeliruan yang berlaku bukanlah kali pertama. Kejadian sebelum ini, dia hanya minta didukung sahaja.