Kalau anda masih ingat, sebelum ini penyanyi Sufian Suhaimi memberikan kejutan dengan menghadiahkan sejambak bunga sempena hari jadi Elfira Loy. Kali ini pula, Sufian amat bertuah sekali apabila mendapat kejutan yang agak romantik dan manis dengan menaiki helikopter khas bersempena sambutan hari jadinya yang diraikan oleh Elfira semalam.
Elfira berjaya mengenakan Sufian dengan mengajaknya untuk sarapan pagi kemudian menaiki helikopter dan seterusnya ke Negeri Sembilan untuk majlis kejutan hari jadi Sufian.
Alhamdulillah, saya berjaya juga ‘mengenakan’ dia (Sufian). Susah juga sebenarnya hendak mengumpulkan insan rapat dalam hidupnya di The Shorea ini. Maklumlah, kebanyakannya bukan daripada ibu kota. Pada majlis itu, ada teman pengajiannya dari Terengganu dan Johor. Selain mereka, majlis turut dihadiri adik-beradiknya.
Apa yang boleh saya cakap, dia memang istimewa. Ketika ini, dia antara lelaki yang rapat dengan saya. Dia datang dalam hidup saya dengan cara baik.
Buat masa ini, Elfira enggan melabelkan hubungan beliau dengan Sufian dan hanya ingin mengikut ketentuan takdir.
Mengenai kejutan menaiki helikopter, pemandangan ibu kota, Sufian memberitahu, ‘hadiah’ daripada Elfira itu sesuatu yang cukup bermakna.