Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Dia Sangat Baik, Lemah Lembut Dan Matang” – Neelofa Kongsi Sebab Terpikat Dengan PU Riz

neelofa dan pu riz bernikah

Setelah sekian lama menanti, akhirnya Neelofa dan Muhammad Haris ataupun PU Riz selamat disatukan di hotel terkemuka di ibu negara pagi tadi.

BACA: (TAHNIAH) Neelofa Dan PU Riz Sudah Sah Bergelar Suami Isteri

Advertisement

Seronok melihat pasanagn itu, sudah pasti ramai yang tertanya-tanya permulaan perkenalan pasangan secocok ini. Menurut Neelofa, dia mengenali suaminya pada tahun 2017 selain pernah bekerjasama dalam sebuah projek pada tahun berikutnya.

“Selepas kolaborasi pada 2018, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian. Daripada titik pertemuan semula itu, kami mula mengenali hati budi masing-masing.”

neelofa dan pu riz bernikah

Jelas usahawan wanita itu, dia terpikat dengan lelaki tersebut kerana sifatnya yang baik hati, lemah lembut dan matang.

“Apabila berbual dengannya, kita boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa. Dia juga merupakan seorang pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran dan masalah.”

Advertisement

Bukan itu sahaja, Neelofa turut berkongsi bahawa dia telah pun melakukan persediaan yang rapi bagi menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri. Antaranya, ialah menghadiri kelas khas untuk persiapan memasuki alam rumah tangga.

“Selain banyak membaca, saya juga kerap bertanya dengan ibu dan rakan-rakan terdekat, banyak nasihat yang diberikan dan Insya-Allah, saya akan jadikan nasihat tersebut sebagai panduan.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ?????? (@lofa.page)

Dalam pada itu, selebriti wanita popular itu mendedahkan bahawa terdapat banyak perkara yang perlu diuruskan selepas bergelar isteri dan akan terus berkecimpung dalam dunia perniagaan seperti biasa.

“Selain beberapa produk baharu yang dilancarkan di bawah jenama minuman Nilofa, koleksi raya Naelofar juga baru sahaja dilancarkan. Memang agak sibuk, tetapi saya cuba untuk membahagikan masa untuk menguruskan rumah tangga.”

Semoga pasangan ini berbahagia!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    March 29, 2021 at 4:39 pm

    penah leak dgn video lucah..ouchhh…msti lopak terus tertawan setelah tgk bebird hariz…hahahaha..

  2. tecit

    March 29, 2021 at 10:57 am

    cube tnye ex die lembut ke tidak mase nak clash arituu. blerghhhh.

  3. anonymous

    March 27, 2021 at 3:12 pm

    alo lo lo lo tapi bebird tak lembut tauuu

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama