Dia Punya Tak Puas Hati Tu Sampai Fitnah Aku Bayar Jason” – Cik Epal

Hiburan

Dia Punya Tak Puas Hati Tu Sampai Fitnah Aku Bayar Jason” – Cik Epal

Personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Cik Epal, tampil kesal selepas mendakwa dirinya difitnah susulan kejayaan jenama piza miliknya menerima ulasan positif daripada pempengaruh terkenal, Jason.

Menerusi luahan di Threads, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud, meluahkan rasa kecewa terhadap individu yang menuduh dia membayar Jason untuk memberikan review baik mengenai Pizza Mendonia.

Advertisement

Cik epal

Menurut Cik Epal, dakwaan itu timbul gara-gara ada pihak yang tidak puas hati melihat piza keluarannya mendapat perhatian.

Dia punya tak puas hati tu sampai fitnah aku bayar Jason. Macam-macam hal.

Ulasan Jason sebelum ini tular selepas dia memuat naik video di TikTok mencuba piza keluaran Cik Epal. Dalam video tersebut, Jason memberi skor 8.7, iaitu antara markah tertinggi pernah diberikannya, selepas menilai tekstur, pes tomato dan penggunaan daging dalam piza tersebut.

Cik Epal Terharu Pizza Mendonia Dapat Review 8.7/10 Dari Jason – “Terus Terang Cakap Tak Guna Wagyu A5”

Ramai netizen tampil mempertahankan Cik Epal, menyatakan bahawa review Jason sememangnya sering jujur dan konsisten tanpa dibayar, apatah lagi reputasinya yang terkenal sebagai pengulas makanan yang tegas.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

cik epal jason
2025-11-23 10:43:24

Cik Epal Terharu Pizza Mendonia Dapat Review 8.7/10 Dari Jason - "Terus Terang Cakap Tak Guna Wagyu A5"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...