“Dia Punya Letih, Tuhan Je Yang Tahu..” – Penyanyi Akui Menghibur Di Kelab Malam Tak Mudah, Faham Perasaan Aina Abdul

Hiburan

“Dia Punya Letih, Tuhan Je Yang Tahu..” – Penyanyi Akui Menghibur Di Kelab Malam Tak Mudah, Faham Perasaan Aina Abdul

Baru-baru ini penyanyi popular Aina Abdul sebak apabila dirinya mengenang kembali dahulu dirinya pernah menyanyi di sebuah kelab malam selama empat tahun untuk mencari rezeki namun sering dihakimi orang.

Seorang penyanyi lelaki bernama Eranzz Lambert juga terpanggil untuk berkongsi pengalaman dirinya yang juga merupakan seorang penyanyi di kelab malam. Katanya dia yang masih belum berjaya menjejakkan kaki ke dalam industri nyanyian namun akui faham apa yang dilalui Aina.

Advertisement

Bukan senang menyanyi di kelab malam. Setiap malam hampir 20 lagu dinyanyikan dengan nak hiburkan orang lagi. Dia punya letih tu Tuhan je yang tahu. Bayaran pun tak seberapa. So i feel u.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERANZZ LAMBERT (@eranzz.lambert)

Sambung lelaki ini, dia turut gembira dengan pencapaian Aina yang telah berjaya keluar dari kepompong kelab malam itu. Baginya, penyanyi tersebut tidak lagi perlu menyanyi setiap malam berjam-jam lamanya seperti melakukan konsert.

Katanya juga, pengalaman bekerja di kelab malam itu sememangnya tidak mudah namun ia dapat membentuk seseorang menjadi lebih kuat dari segi mental dan profesional sebagai seorang anak seni.

Sekadar info, Eranzz pernah menyertai beberapa program realiti nyanyian TV3 iaitu Famili Duo dan Vokal Mania sebelum ini.

aina abdul
1 year ago

"Saya Berhijab & Nyanyi Di Kelab Yang Saji Alkohol" - Tak Kena 'Judge', Aina Abdul Sebak Cerita Kisah Lama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...