“Dia Pun Tak Cuba Cari Saya” – Ramona Zam Zam Dedah Tak Pernah Kenal Bapa Sejak Kecil

Hiburan

“Dia Pun Tak Cuba Cari Saya” – Ramona Zam Zam Dedah Tak Pernah Kenal Bapa Sejak Kecil

Pelakon dan usahawan, Ramona Zamzam tampil membuat pendedahan mengejutkan mengenai hubungan dengan bapa kandungnya yang langsung tidak dikenali sejak dia dilahirkan.

Menerusi satu temu bual yang tular di media sosial, Ramona, 34, berkata dia tidak pernah bersua muka dengan bapanya, malah individu berkenaan juga tidak pernah berusaha untuk mencarinya sejak dia masih bayi.

Advertisement

Sejak saya lahir, saya tak pernah jumpa dia. Dia pun tak ada usaha nak cari saya.

Menurut Ramona, ibu bapanya telah berpisah sejak dia kecil dan sejak itu, dia hanya dibesarkan oleh ibunya tanpa mengenali wajah atau kehadiran ayah kandung dalam hidupnya.

Ayah saya Zamzam sebenarnya bapa tiri saya, bukan bapa kandung. Saya dah sampai satu tahap tak kisah kalau orang tahu. Saya dibesarkan bapa tiri sejak saya kecil. Bapa kandung tak pernah cari saya.

Walaupun dibesarkan tanpa figura seorang bapa, Ramona mengakui dia tidak menyimpan sebarang dendam, namun tetap berharap agar pihak di sana menunjukkan sedikit inisiatif untuk menjalinkan semula hubungan sebagai keluarga.

Saya okay saja, cuma mungkin sebagai anak, kita tetap nak rasa dihargai. Tapi kalau sebelah sana tak nak, saya pun tak boleh buat apa.

Pendedahan tersebut meraih perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dan memberi kata-kata semangat kepada pelakon itu. Ramai juga memuji kekuatan Ramona membesar sebagai wanita berjaya walaupun tanpa kehadiran seorang bapa sejak kecil.

Untuk info, Ramona kini aktif dalam bidang lakonan dan perniagaan serta dikenali sebagai figura wanita yang berdikari dan cekal dalam kehidupan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Isteri Shukri Yahaya Tya adna dipuji
2025-07-29 14:39:18

Isteri Shukri Yahaya Dipuji Netizen Lancar Baju Sukan Muslimah - "Hasil Didikan Suami Hebat.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...