“Dia Pun Hilang Begitu Saja..” – Chacha Maembong ‘Okay Saja’ Dengan Ruhainies

Hiburan

“Dia Pun Hilang Begitu Saja..” – Chacha Maembong ‘Okay Saja’ Dengan Ruhainies

Pelakon Chacha Maembong memaklumkan dia tidak bermusuhan dengan aktres sensasi, Ruhainies setelah insiden ‘memetik’ nama ketika konflik melibatkan pelakon itu dengan aktor Aliff Aziz sebelum ini.

Ditemui media, Chacha mendedahkan dia tidak pernah berjumpa dengan Ruhainies di mana-mana acara usai kontroversi itu.

Advertisement

Selepas kejadian itu, kami memang tak pernah berhubung dan berjumpa. Memang dia pun terus hilang begitu saja. Saya pun sekarang memang fokus nak buat duit, fokus kerja dan kerjaya saya.

Apa yang terjadi hanyalah salah faham, Saya memang tak suka bergaduh dengan sesama orang dalam bidang ini.

Tambah pelakon itu lagi, dia ingin kekal profesional dan mengakui tidak mempunyai masalah jika diberi peluang berlakon bersama Ruhainies selepas ini.

Bergaduh sebesar mana pun akan berjumpa juga, dekat majlis-majlis misalnya atau tiba-tiba boleh berlakon sama.

Kalau ada tawaran untuk kami bekerjasama, saya tetap akan bersikap profesional. Bila hal peribadi sebegini beri impak, tak seronok terutamanya membabitkan nama saya kena petik. Minta dijauhkan.

Sebelum ini, nama Chacha menjadi tumpuan setelah dia dikatakan ‘muncul’ dalam perbualan antara aktres Ruhainies dan Aliff Aziz.

Perkara itu didedahkan kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zahnita wilson serik jadi peminta sedekah
1 day ago

Zahnita Wilson Serik Jadi 'Peminta Sedekah' - "Industri Kita Tak Matang Dari Segi Kontrak Dan Bayaran"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...