“Dia Pulangkan Ada ‘Aksesori’ Tambahan..” – Uyaina Arshad Kongsi Pengalaman Baju Dipulangkan Tapi Berbau & Ada Kesan Darah

Hiburan

“Dia Pulangkan Ada ‘Aksesori’ Tambahan..” – Uyaina Arshad Kongsi Pengalaman Baju Dipulangkan Tapi Berbau & Ada Kesan Darah

Sempat tular di laman Twitter apabila seorang individu menceritakan kisah dirinya yang harus meminta barang yang dipinjam kawannya itu berkali-kali sebelum dipulangkan semua. Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad pun terpanggil untuk mengulas tentang hal tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Uyaina menceritakan pula kisahnya yang hampir sama dengan situasi tersebut. Katanya, semasa dirinya masih di sekolah menengah, rakannya ada meminjam baju kurung miliknya namun apabila dipulangkan, pelakon ini terkejut melihat kondisi baju berkenaan.

Advertisement

Dia pulangkan dengan ‘aksesori’ tambahan. Satu, baju tu tak berbasuh, kedua, ada kesan bocor pada kain baju kurung tu, ada kesan darah kering. Bila saya bau, baju tu bau perfume bercampur bau ketiak.

Benda yang common sense ni lah yang paling tak common. Benda ni kena cakap, kena bagitahu dekat orang.

@uyaina.arshad♬ original sound – UA

Pada masa yang sama, pelakon ini turut menafikan ingin memalukan individu tersebut, sebaliknya dia hanya inginkan perkongsian itu menjadi pengajaran untuk penonton yang harus mengambil berat dengan etika meminjam hak milik orang lain.

Katanya lagi, dia telah pun memaafkan individu yang meminjam baju kurungnya itu. Pada masa yang sama, Uyaina juga meminta untuk sesiapa menghubungi dirinya jika dia sendiri ada terlupa memulangkan apa-apa yang pernah dipanjamnya.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending pada pautan di bawah.

ua
1 year ago

"Saya Dah Lantang Sejak Dulu.." - Uyaina Arshad Tak Terasa Dituduh 'Terpaling' Rancak Bersuara Di Media Sosial

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...