Sejak beberapa minggu lepas, kontroversi rumah tangga Puteri Sarah Liyana dengan suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof hangat diperkatakan apabila ia juga didakwa membabitkan orang ketiga, Ira Kazar.
Baru-baru ini, Puteri Sarah juga dilaporkan telah mengambil tindakan mahkamah dan memfailkan saman terhadap Ira Kazar demi menjaga maruahnya.
Namun, belum pun reda tentang isu tersebut kini tular rakaman video di aplikasi TikTok menunjukkan Syamsul dah pelakon Kazar yang merupakan bapa kepada Ira berada di sebuah kedai emas.
Rakaman tersebut memaparkan dua pelakon terbabit seolah-olah sedang membuat konten dan melakonkan urusan jual beli.
Konten tersebut sudah semestinya mendapat perhatian ramai netizen dan rata-ratanya kecam tindakan Syamsul berbuat sedemikian.
Menerusi ruangan komen, ramai yang mengkritik pengarah Mat Kilau itu kerana tidak menjaga hati isteri serta keluarganya dan keluarga mentua.
Kalau dah tak mampu nak bahagiakan isteri, cukup cukuplah menyakiti.”
Kata mereka, meskipun ia hanyalah konten tetapi ia sangat tidak bersesuaian kerana isu hangat yang dilalui pasangan itu turut membabitkan Kazar.
Dalam pada itu, ramai turut mendoakan agar Puteri Sarah kuat dan tabah menghadapi ujian rumah tangganya.