“Dia Poyo, Mana Saya Ada, Di Situ Dia Ada..” Isteri Aliff Syukri Kongsi Pengalaman Kena ‘Tackle’ Dengan Suami

Hiburan

“Dia Poyo, Mana Saya Ada, Di Situ Dia Ada..” Isteri Aliff Syukri Kongsi Pengalaman Kena ‘Tackle’ Dengan Suami

Siapa tidak kenal Datin Shahida yang merupakan isteri kepada pengusaha kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri.

Aliff Syukri
11 bulan lalu

Berlakon Babak Perang Di Palestin, Aliff Syukri Dan Isteri Dikecam Hebat Netizen

Advertisement

Pasti ada saja gelagat daripada suami isteri ini yang pastinya mencuit hati peminat. Terbaru, Datin Shahida ada berkongsikan fotonya ketika masih muda di Instagram untuk tatapan peminat.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila Shahida ada meminta peminat untuk meneka siapakah susuk tubuh seorang lelaki yang mengenakan pakaian berwarna hitam yang sedang duduk di atas kerusi di belakangnya.

“Tengok gambar ni, nampak tak ada lelaki baju hitam di kerusi belakang?” tanya Shahida di ruangan kapsyen foto tersebut.

Jelasnya itu adalah Datuk Aliff Syukri yang turut ada bersama-samanya pada ketika itu.

Itu Aliff Syukri, ini zaman dia nak mengurat saya..mana saya ada.. situ dia ada.

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai pengikut Instagram Shahida terhibur melihatkan gelagat pasangan ini malah ada yang bertanyakan mengapa dia tidak menyukai Aliff Syukri pada waktu itu.

“Sebab dia poyo..” tulis Shahida ringkas.

Dalam pada itu, ada juga peminat yang perasa jenama beg yang digayakan Shahida ketika muda di mana ia merupakan jenama ‘legend’ pada zaman tersebut.

Sekadar info, Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan,13, Qadejah El Zahra,11, Ibraheem Adham,9 dan Yusof Al Qardawi yang kini berusia 3 tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    September 15, 2021 at 11:14 am

    dorg dh ade 5 anak…yg bongsu perempuan klo xsilap

Loading...