June 12th, 2020

Khamis lalu, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza ada memuat naik sebuah status di IG stories yang mengatakan bahawa rumahnya telah didatangi seorang individu tidak siuman dan telah bertindak melakukan kekecohan.

Dalam status Datuk Siti atau lebih mesra dipanggil Tokti, lelaki berkenaan merupakan individu sama yang pernah dipenjarakan akibat berkelakuan tidak senonoh, beberapa tahun lalu.

Namun begitu, tidak pula diceritakan secara lanjut apa jenis gangguan yang diterimanya kali ini.

“Tolong! Macam mana nak buat? Ingat tak orang tak siuman yang pernah buat kacau di rumah saya dulu?”

“Menjerit-jerit depan rumah..help! help! polisss @pdrmsia_official..”

View this post on Instagram

Aafiyah tetap!! ?

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

View this post on Instagram

the struggle is real!!! Aafiyahhhhhh!!!!??

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Sebagai rekod, lelaki berkenaan pernah didakwa dan telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan selepas dilaporkan menunjukkan kemaluannya hadapan pembantu rumah penyanyi itu pada tahun 2015 yang lalu.

Lelaki itu disyaki merupakan seorang duda dan juga penganggur. Dia juga dilaporkan pernah cuba datang beberapa kali ke rumah selebriti tersebut yang terletak di Bukit Antarabangsam Ampang, Selangor dengan tujuan yang sama.

Sumber: mStar Online


One response to ““Dia Pernah Tunjuk Kemaluan!” Lelaki Tak Siuman Buat Kecoh Depan Rumah, Siti Nurhaliza Minta Bantuan Pihak Polis”

  1. minah jambu say STAY AT HOME !! says:

    dia tunjok ape tu datuk siti ? datuk siti nampak ke itu benda ? eeeii seram nya..baik2 ye datuk siti hati2 dengan orang cngini..semoga datuk siti di lingdungi..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...