Penyampai radio Ikim FM, Tyzo tampil memberikan respon setelah tindakannya memadam foto DJ Lin dari senarai 10 calon kategori penyampai radio popular dikritik netizen.
Ujar Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zoqarnain Idris, perkara tersebut dilakukan kerana DJ Lin pernah cuba menutup periuk nasinya sebelum ini.
Rasa-rasanya tidak perlu untuk ‘menggambarkan’ seseorang yang pernah menutup periuk nasi saya.
Itu sahaja jawapan saya. Mungkin bagi sesetengah orang nampak tindakan itu sebagai tidak profesional.
Katanya lagi, dia berhak untuk melakukan apa-apa sahaja kerana sudah tidak terikat dengan penyampai radio itu.
Memang itu senarai top 10 penyampai radio popular manakala saya letakkan top 9. Itu hak saya.
Terdahulu, Suria FM menerusi pengurusan tertinggi, DJ Lin memaklumkan pihak mereka telah merangka strategi dan perancangan baharu bagi tahun 2024.
Sehubungan itu, pihak mereka telah menamatkan kontrak Suria FM bersama Tyzo sekaligus membuatkan penyampai radio itu kecewa dan mendakwa dirinya dianiaya.
Malah, Tyzo juga menyofatkan penyingkirannya itu sebagai ‘balasan’ setelah meraih anugerah Penyampai Radio Popular pada ABP ke-35 tahun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.