Setelah sekian lama mendiamkan diri dan nama tidak diperkata ramai, baru-baru ini, adik Neelofa iaitu Ameera Khan menjadi tumpuan netizen semula selepas memuat naik satu hantaran foto di Instagram.
Melalui hantaran tersebut, Ameera berkongsikan momen dirinya sedang bercuti di Paris sambil memakai pakaian serba hitam.
Hal yang membuatkan netizen ‘tertarik’ untuk meninggalkan respon mereka adalah kerana pakaian yang dipakai oleh Ameera boleh dikatakan agak seksi.
View this post on Instagram
Kebanyakkan netizen mengecam tindakan pempegaruh tersebut memakai baju kemeja sambil buka butang di bahagian dada dan skirt pendek hingga menampakkan pahanya.
Meninjau di ruangan komen, ada netizen yang menyindir serta mendakwa Ameera hanya pergi ke kota Mekah untuk melancong serta demi lawatan perniagaan saja, bukan mahu berubah ke arah kebaikan.
Sekadar info, Ameera Khan mula aktif di media sosial pada hujung tahun lalu setelah mengambil keputusan mendiamkan diri dan tidak mengguna media sosial selama enam bulan.