“Dia Perempuan Sejati”, YB Syed Saddiq Jawab Isu Tular Wanita Berkebaya Hadiri Mesyuarat

Trending

“Dia Perempuan Sejati”, YB Syed Saddiq Jawab Isu Tular Wanita Berkebaya Hadiri Mesyuarat

Baru-baru ini tular video seorang wanita berkebaya yang menghadiri mesyuarat di Kementerian Belia dan Sukan bersama YB Syed Saddiq. Ramai yang mendakwa wanita itu bukan lah wanita sejati dan merupakan setiausaha kepada YB Syed Saddiq.

Oleh kerana terlalu banyak spekulasi yang tular, YB Syed Saddiq telah menjawab dakwaan itu di media sosial miliknya. Ternyata individu tersebut adalah ibu tunggal dan bukanlah setiausaha nya seperti yang didakwa.

Advertisement

“Dalam dunia politik, gosip & fitnah, berpisah tiada. Sampai isu anak muda yang penting ditenggelamkan kerana gosip.”

Di dalam video yang tular sebelum ini, wanita berkebaya itu dilihat berada di Kementerian Belia dan Sukan untuk menghadiri mesyuarat bersama YB Syed Saddiq. Disebabkan dia mengambil tempat duduk berhampiran YB Syed Saddiq, ramai yang menyangka wanita itu adalah setiausaha kepadanya.

Dalam menjawab isu itu, YB Syed Saddiq memberitahu wanita itu adalah ibu tunggal dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengannya. Wanita yang dikenali sebagai Cleopatra itu, juga telah mempunyai dua orang anak.

Menurut Awani, Menteri Belia dan Sukan itu dengan tegas menafikan melantik pembantu mahupun setiausaha sulit daripada golongan transgender.

“Saya dengar berita tular bahawa dia datang jumpa saya, dikatakan transgender sampai mereka (netizen) guna perkataan pondan.”

wanita cleopatra
wanita cleopatra
Menerusi bio di laman Instagram milik Cleopatra, wanita ini adalah kacukan Belanda-China dan terlibat dalam perniagaan dan juga politik. Netizen juga diharapkan menghentikan fitnah yang tidak berasas ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...