Baru-baru ini tular video seorang wanita berkebaya yang menghadiri mesyuarat di Kementerian Belia dan Sukan bersama YB Syed Saddiq. Ramai yang mendakwa wanita itu bukan lah wanita sejati dan merupakan setiausaha kepada YB Syed Saddiq.
Oleh kerana terlalu banyak spekulasi yang tular, YB Syed Saddiq telah menjawab dakwaan itu di media sosial miliknya. Ternyata individu tersebut adalah ibu tunggal dan bukanlah setiausaha nya seperti yang didakwa.
“Dalam dunia politik, gosip & fitnah, berpisah tiada. Sampai isu anak muda yang penting ditenggelamkan kerana gosip.”
Dalam Dunia Politik,Gosip & Fitnah, berpisah tiada.
Sampai isu anak muda yang penting ditenggelamkan kerana gosip.
Sekejap dengar dia PA saya (Padahal tiada).
Sekejap dengar dia “Pondan” (Padahal seorang ibu).
Dapat kontrak?Fitnah!
Can we please focus on REAL RAKYAT ISSUES? pic.twitter.com/46mcHm1DuI
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 22, 2019
Di dalam video yang tular sebelum ini, wanita berkebaya itu dilihat berada di Kementerian Belia dan Sukan untuk menghadiri mesyuarat bersama YB Syed Saddiq. Disebabkan dia mengambil tempat duduk berhampiran YB Syed Saddiq, ramai yang menyangka wanita itu adalah setiausaha kepadanya.
Addressing gossip, @SyedSaddiq says kebaya woman part of Orange E-sports delegation https://t.co/rW3mI51IHH
But who is she? “That’s for you to ask. I came to a meeting, so I entertained them. I followed the SOP.” pic.twitter.com/SsbPDZ8J5R
— Zurairi A.R. (@zurairi) October 22, 2019
Dalam menjawab isu itu, YB Syed Saddiq memberitahu wanita itu adalah ibu tunggal dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengannya. Wanita yang dikenali sebagai Cleopatra itu, juga telah mempunyai dua orang anak.
Menurut Awani, Menteri Belia dan Sukan itu dengan tegas menafikan melantik pembantu mahupun setiausaha sulit daripada golongan transgender.
“Saya dengar berita tular bahawa dia datang jumpa saya, dikatakan transgender sampai mereka (netizen) guna perkataan pondan.”

