Pengarah dan pelakon, Ellie Suriaty ada berkongsi pengalamannya bekerja sebagai seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan suatu ketika dahulu.
Kongsinya, dia pernah digoda oleh individu VVIP berstatus suami orang ketika dia sedang melayan penumpang ‘first class’ di dalam pesawat.
Ujarnya lagi, lelaki VVIP itu sememangnya dikenali dan turut memegang status suami orang.
Ada satu masa, saya nak kena mengorat dengan somebody, VVIP. Saya tak perasan sangatlah sebab kita serve penumpang kan. Bila penumpang tanya, kita jawab la. Tapi saya tahu dia dah kahwin. Saya tetap be very pleasant. Kita tak boleh ada double standard.
Malah, lelaki VVIP itu ada menghantar pembantu peribadinya untuk mendapatkan nombor telefonnya bagi tujuan berhubung.
Bila kita landing, semestinya kawan yang sebelah tersengih-sengih. Saya faham sangat. Tapi kita buat tak tahu dan tak reti.
Bila dah landing, lampu seatback off, first class akan keluar dulu. Kemudian, diikuti dengan economy class. Ada assistant dia datang cari saya dan minta contact number saya untuk boss dia. Saya cakap sekejap lalu masuk ke dalam bilik ari. Tak keluar-keluar.
Sekadar info, Ellie pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Azri Iskandar namun bercerai pada 17 Mei lalu setelah 19 tahun hidup bersama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.