“Dia Penuh Teka-Teki Dan Sukar Dijangka” – Sambut Hari Lahir Bersama, Abby Abadi Anggap Marissa Dania Anak Yang Baik

Hiburan

“Dia Penuh Teka-Teki Dan Sukar Dijangka” – Sambut Hari Lahir Bersama, Abby Abadi Anggap Marissa Dania Anak Yang Baik

Pelakon dan usahawan, Abby Abadi, menarik perhatian ramai apabila memuat naik ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Marissa Dania.

Menerusi perkongsian di Instagram, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya membuat kejutan hari jadi buat Marissa.

Advertisement

Menurut Abby, Marissa merupakan seorang anak yang baik, namun penuh dengan sifat yang sukar dijangka.

Anak yang baik tetapi penuh teka-teki. Yang sukar untuk dijangka, inilah dia Marissa.

Dalam ucapannya, Abby turut menitipkan doa agar anak perempuannya itu terus kuat, berjaya dan sentiasa berada di jalan yang diredai Allah SWT.

Cepat sangat anak Mama membesar, Mama rindu adik (Marissa) yang dulu (kecil). Semua sayang adik. Semoga terus kuat dan terus terhebat di jalan-Nya.Jangan lupa jaga solat, aurat dan ikhtilaf. Semoga anak Mama kaya dan berjaya di dunia serta akhirat.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi positif daripada warganet yang rata-ratanya tersentuh dengan kasih sayang Abby terhadap anaknya, meskipun Marissa sering menjadi perhatian umum.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fattah amin lamar amira othman
20 mins ago

"Fattah Amin Yang Lamar Saya, Dia Lebih Berpengalaman" - Amira Othman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...