“Dia Pegang Dagu & Suap” – Tetamu Dihidang ‘King Crab Shell Out’ Tapi Bella Dipaksa Makan Nasi Goreng Banyak Cili

Trending

“Dia Pegang Dagu & Suap” – Tetamu Dihidang ‘King Crab Shell Out’ Tapi Bella Dipaksa Makan Nasi Goreng Banyak Cili

“Saya nampak Bainun letak satu pinggan nasi goreng. Nasi itu tiak banyak. Lepas itu saya nampak Siti Bainun letak sejumlah cili yang telah dipotong.”

Itu kata saksi ke-8 pihak pendakwaan, Pegawai Penyelidik Undang-Undang di sebuah firma guaman Suhana Zam, 40 tahun ketika memberitahu Mahkamah Sesyen tentang kejadian yang berlaku pada Mei 2021.

Advertisement

Jelasnya lagi, cili yang diletakkan lebih banyak daripada nasi goreng dan Siti Bainun telah menggaul serta pegang dagu Bella dengan tangan kiri sebelum menyuap remaja tersebut dengan hidangan itu secara paksa.

Bella macam mengelak, tak hendak tapi dia terpaksa makan kerana dipaksa.”

Menurut MalaysiaGazette, Suhana akui tidak berkata apa-apa kerana terkejut dan tidak mahu ada konfrontasi dengan Bainun di rumahnya pada waktu itu.

Keadaan Bella makin teruk

Pada Februari tahun yang sama, dia mula kesan Bella diperlakukan secara tidak wajar selain nampak kecederaan teruk pada Bella sejak Mei 2021 di mana keadaan fizikalnya berubah termasuklah rambut dipotong dengan tidak sempurna.

Namun, keadaannya bertambah teruk ketika Suhana hadir pada 13 Jun 2021 atas jemputan Siti Bainun untuk makan ‘shell out’ ketam gergasi yang dibeli dan dimasak pengasas Rumah Bonda terbabit.

“Saya masuk dan nampak Bella berdiri di tepi dinding. Saya terkejut gila sebab rambut Bella dipotong pendek hampir botak. Potongan itu bukan kemas. Bertobek.

Saya nampak dekat muka belah kanan ada lebam sebesar tapak tangan. Lebam dari atas kening membawa ke bawah mata. Dia pakai baju lengan panjang. Muka Bella nampak ketakutan. Itu adalah keadaan Bella paling teruk pernah saya nampak.”

Dia kemudian bertanya tentang keadaan Bella yang teruk namun Siti Bainun hanya menjawab kecederaan itu adalah disebabkan pergaduhan bersama penghuni lain.

Siti Bainun turut memberitahu dia tidak membawa Bella ke hospital sebaliknya hanya meletakkan ubat yang dibeli sendiri pada luka dialami remaja tersebut.

Bukan itu saja, penghuni lain semua diajak untuk makan ‘king crab’ dimasak oleh Siti Bainun tetapi tidak Bella yang hanya terus dibiarkan berdiri di tepi dinding berseorangan.

Rumah Bonda Rina Harun
2 years ago

(VIDEO) “Terbongkar Jua” - Siti Bainun Saman JKM KL, Individu Ini Dakwa Rina Harun Subahat Lindungi Rumah Bonda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...