“Dia Patut Hidup! Tapi Sistem Gagal Lindungi Dia” – Mimi Lana Tegas Tuntut Keadilan Untuk Adik Zara, Kecam Pembuli Masih Bebas

Trending

“Dia Patut Hidup! Tapi Sistem Gagal Lindungi Dia” – Mimi Lana Tegas Tuntut Keadilan Untuk Adik Zara, Kecam Pembuli Masih Bebas

Pasangan selebriti Mimi Lana dan Syafiq Kyle tampil bersuara dan membuat hantaran di Instagram memberikan kesedaran dan mendesak agar keadilan ditegakkan untuk remaja berusia 13 tahun, Zara Qairina.

Menerusi hantaran tersebut, pasangan itu menekankan fakta tentang Adik Zara yang pernah menyuarakan penderitaan dan menyebut nama pembuli yang menyeksanya namun suaranya tidak didengari.

Advertisement

Dia dah minta tolong. Dia dah bagi petunjuk. Tapi suara dia tak pernah benar-benar didengari… sehingga dia akhirnya pergi.

Mimi Lana & Syafiq Kyle

Tegas mereka, meskipun tidak pasti sama ada Adik Zara dibunuh atau tidak namun apa yang paling jelas dalam kes ini adalah remaja tersebut dibuli.

Dan pembuli-pembuli itu masih bebas di luar sana! Apa lagi yang kita tunggu? Sampai ada lagi budak yang terkorban baru nak bertindak? Semua yang terlibat mesti disiasat dan DITANGKAP!

Mimi dan Syafiq juga turut menyelar ibu bapa yang masih melindungi anak-anak meskpun selepas tahu mereka adalah pembuli.

Zara patut hidup. Tapi sistem gagal lindungi dia. Sekarang, sistem kena betulkan semula. Tunjukkan muka budak-budak yang dia sebut. Tunjukkan siapa yang biar ini semua terjadi. Keadilan untuk Zara mesti ditegakkan!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Menjengah ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan Mimi dan Syafiq bahawa kematian Adik Zara harus dibela dan keadilan ditegakkan.

Dalam pada itu, kebanyakan netizen juga berterima kasih kepada pasangan tersebut kerana menggunakan pengaruh sebagai selebriti untuk bersuara sementara ramai lagi artis yang hanya berdiam.

komen netizen - Adik Zara komen netizen - Adik Zara

2025-08-06 10:27:12

Kes Zara Qairina : Audio 44 Saat Disahkan Sahih, Rakaman Sebenar – Peguam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...