“Dia Panggil Saya ‘Stupid B*tch”- Wanita Dimaki Warga Emas ‘Claim’ Tempat Duduk Dalam MRT

Kehidupan

“Dia Panggil Saya ‘Stupid B*tch”- Wanita Dimaki Warga Emas ‘Claim’ Tempat Duduk Dalam MRT

Kebiasaannya, sesetengah orang akan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelak kesesakan jalan raya walaupun terpaksa bersesak dengan ramai orang.

Namun apa yang menjadi masalah apabila ada individu yang bertindak kurang ajar di dalam pengangkutan awam dan mementingkan diri sendiri.

Advertisement

Berikutlah kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter apabila dia ditengking oleh seorang warga emas yang mendakwa bahawa ‘seat‘ yang wanita itu diduduki adalah kepunyaannya.

Selain itu, apa yang lebih menyakitkan hati apabila dikatakan warga emas tersebut turut memaki hamun wanita berkenaan dalam bahasa Inggeris.

Menurutnya juga, semasa warga emas itu memaki hamun dan menengkingnya, dia berada dalam keadaan ‘mamai’ kerana baru bangun tidur.

Difahamkan, ada seorang gadis berbangsa Cina yang turut mempertahankan wanita itu, tetapi pak cik berkenaan berkeras bahawa tempat duduk itu adalah kepunyaannya walaupun terdapat banyak tempat duduk kosong lain.

Susulan kejadian berikut, ramai warganet yang menunjukkan rasa tidak puas hati dengan sikap pak cik yang menjengkelkan dan tidak beradab.

2 years ago

"Takde Duit Jangan Bawa Mak Bapak Makan"- Peniaga Restoran Kurang Ajar Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...