Penyanyi dan usahawan, Nubhan, menafikan tuduhan bahawa keretakan rumah tangganya bersama isteri, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, berpunca daripada orang ketiga.
Jelas Nubhan atau nama lengkapnya Ahmad Nubhan Ahamad, wanita berkenaan hanya dibantu kerana menghadapi masalah buah pinggang dan bukan kerana hubungan lain.
Wanita itu orang kampung saya. Dia dan anak-anaknya selalu datang ke rumah. Saya dah kenal dengan keluarga mereka lebih 20 tahun dan memang kami rapat.
Dia ada masalah bawah pinggang dan susah nak bergerak jauh dari kampung. Rumah saya dekat dengan hospital, jadi saya benarkan dia menumpang sementara untuk dapatkan rawatan.
Masa dia duduk tu, dia mula rapat dengan isteri dan anak-anak saya. Isteri saya pun kerap ajak dia datang ke rumah, walaupun saya tiada di rumah waktu itu.
Nubhan turut menegaskan bahawa hubungan keluarganya dengan wanita itu bersifat seperti keluarga sendiri. Isterinya juga kerap meminta bantuan wanita berkenaan untuk mengambil anak-anak dari sekolah atau menghantarnya ke tempat kerja.
“Rumah Tu Saya Sewa, Bukan Beli” – Nubhan Buka Mulut Mengenai Kediaman ‘Rahsia’ Di Dengkil
Bila orang kata dia tu orang ketiga, saya rasa kelakar. Sebab kami rapat macam keluarga je. Tak ada apa-apa pun yang lebih daripada itu.
Hubungan kami masih baik, cuma dia agak tertekan dengan tuduhan-tuduhan yang keluar. Tapi kami tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Sebelum ini, pelakon Syamim Razi tampil mempertahankan keluarganya selepas mendakwa ibunya menjadi mangsa fitnah berhubung isu penceraian Nubhan dan Dr. Fie Tawfek.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
