Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Dia Orang Islam, Janganlah Buat Fitnah” Joe Flizzow Tampil Perjelas Isu Lirik Lagu Sebut Kalimah Allah

Joe Flizzow

Tiba-tiba saja nama penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow menjadi tular di media sosial gara-gara penggunaan kalimah Allah dalam lagu terbarunya, Twisted Dreams.

Tampil menjelaskan perkara sebenar, Joe memaklumkan karya lagu yang turut menampilkan penyanyi terkenal Jay Park, Jay Electronica dan DJ Begun itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana bahagian lirik yang dikritik itu dinyanyikan Jay Electronica yang beragama Islam.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Joe Flizzow (@flizzow)

Ujar anggota kumpulan Too Phat ini lagi, lirik tersebut juga tidak membawa apa-apa makna yang boleh menghina agama Islam.

“Saya terbaca beberapa komen tentang lagu saya, mereka mempersoalkan kenapa pakai nama Allah. Jawapannya, J Electronica itu orang Islam, hak dia nak sebut nama Allah, janganlah buat fitnah..”

Lirik lagu yang berbunyi “All we want is salam salam, but others giving out is haram haram..” itu difahamkan tidak seperti yang disangkakan oleh sesetengah netizen.

Advertisement
Joe FlizzowSumber : Twitter  

 

“Kalau kita dengar lagu rap, baca isi kandungan sepenuhnya sebelum buat andaian. Lirik dia ada cakap Astagfirullah, apa yang kita nak cuma bersalaman dengan ramai orang, tapi ada sesetengah orang yang beri benda haram..itu saja..” jelasnya lagi.

Tambah Joe, rakan artisnya itu merupakan seorang penyanyi antarabangsa yang bangga melaungkan tentang agama Islam dalam lagu-lagunya meskipun tinggal di negara yang sering berhadapan dengan diskriminasi agama.

Terdahulu, isu berkaitan nama Allah ini mula tercetus apabila netizen telah membongkar lirik lagu Mukkbang (Remix) nyanyian Jay Park yang menyebut ‘worship me like Allah’ (sembah aku seperti Allah) dalam lagu tersebut.

Jay ParkSumber : Twitter  

Rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa dan merasakan Jay Park sebagai seorang yang tidak sensitif dan tidak menghormati agama Islam.

Jay Park kemudiannya tampil membuat permohonan maaf menerusi akaun Twitternya, semalam.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. nani

    May 28, 2021 at 2:50 pm

    Nyampahnya tak habis2 kontroversi isu ni. Allah tu milik semua manusia. Sama dgn Nabi Muhammad. “Semua ummat”. Saya setuju pendapat A. Tuan Guru Nik Aziz jgk. Bukan milik orang melayu. Bukan milik orang islam. Byk non muslim guna Allah di middle east. Kalau ostad2 tegak urat leher nak teguh jgk hanya untuk Islam ntahh la.. tp ada je.. Kena byk tinggal diluar negara…

    • nani

      May 28, 2021 at 2:58 pm

      Tapi yang ni tak bagus sbb dia plk nak jadi tuhan. Ada sape nak puja dia mcm tohan ni?? hahaha . Feeling kekonon amerikan..

    • bodo nani

      May 29, 2021 at 1:42 am

      lirik tu kata fucking Allah,bodo nani ni

Leave a Reply to nani Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top