“Dia Orang Berpengaruh, Ramai Pengikut” – Wanita Dedah Diperkosa Ahli Politik Bergelar Ustaz Ketika Berubat?

Trending

“Dia Orang Berpengaruh, Ramai Pengikut” – Wanita Dedah Diperkosa Ahli Politik Bergelar Ustaz Ketika Berubat?

Tular di media sosial apabila seorang wanita tampil mendakwa dirinya menjadi mangsa serangan seksual oleh seorang individu berstatus tinggi dan dikenali ramai.

Menurut perkongsian di platform X (Twitter), wanita berkenaan mendakwa pada awalnya dia hanya berjumpa dengan individu tersebut bagi tujuan rawatan alternatif, namun situasi bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia diperlakukan tanpa kerelaan.

Advertisement

Wanita dakwa diperkosa ahli politik bergelar ustaz

Baru-baru ni, saya kenal dengan seorang ustaz ni, itu pun sebab berubat. Dipendekkan cerita, ustaz ni telah merogol saya tanpa rela.

Mangsa turut mengakui berdepan ketakutan dan dilema untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana individu berkenaan dipercayai tokoh berpengaruh yang mempunyai ramai penyokong serta kaitan dengan dunia politik.

Saya takut nak buat aduan sebab ustaz ni terkenal, orang besar politik.

Pengikut dia ramai, kalau saya tuduh dia ramai yang akan kecam dan mungkin saya pun dalam bahaya. Mesti orang kata ini fitnah.

Perkongsian tersebut pantas menarik perhatian netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap nasib mangsa dan kemarahan terhadap penyalahgunaan kuasa oleh individu berpengaruh.

Wanita dakwa diperkosa ahli politik bergelar ustaz

Ramai warganet turut menyeru agar wanita berkenaan tampil membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan secara adil dan telus, selain memastikan keadilan berpihak kepada mangsa.

Setakat ini, tiada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung dakwaan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella Astillah mohon maaf
2025-10-07 13:03:08

Bella Astillah Mohon Maaf Isu Promosi Produk Boikot - "Pihak Pengurusan Yang Aturkan Tapi Saya Dah Cuba..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...