“Dia Ni Memang Pemurah” – TikToker Derma Semua ‘Gift’ Diterima Ketika ‘Live’ & Separuh Gaji Untuk Bantu Adik Awaathif

Kehidupan

“Dia Ni Memang Pemurah” – TikToker Derma Semua ‘Gift’ Diterima Ketika ‘Live’ & Separuh Gaji Untuk Bantu Adik Awaathif

Seorang content creator yang dikenali di TikTok, Arul Rasheed baru-baru ini meraih perhatian dan dipuji ramai warganet selepas mendermakan separuh hasil pendapatan kepada seorang kanak-kanak.

alif
12 months ago

"Ini Baru 'The Real Influencer'.." - Alif Satar Jadi Tumpuan Netizen, Berjaya Tarik Ribuan Jemaah Subuh Di Masjid

Advertisement

 

Bantu kanak-kanak yang perlu menjalani pembedahan

Menerusi video di aplikasi itu, pemuda berusia 29 tahun itu berjanji akan menyerahkan 50 peratus daripada jumlah yang diperolehi untuk membantu merawat penyakit kanak-kanak.

Selain itu, dia turut berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM4,000 untuk kanak-kanak dikenali sebagai Awaathif berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Awaathif perlu menjalani pembedahan kaki pada hujung bulan ini dan memerlukan RM12,000 untuk prosedur tersebut.

kanak kanak sakit

 

Gunakan pengaruh untuk perkara bermanfaat

Ujar Arul, pada Sabtu lalu ibu Awaathif datang berjumpanya di Alor Setar dan menyerahkan 20 bekas kek keju dan memintanya untuk membuat reviu.

Selepas balik ke hotel, ibunya mesej saya minta doakan anaknya itu yang berusia enam tahun. Anaknya ada masalah usus, kaki dan mulut. Dia tiada lelangit, nak bercakap pun tak boleh. Kalau nganga, nampak kosong.

@arulrasheedNASIB ORANG LAIN2 KAN☺️ UNCLE SAYANG AWAATIF✨♬ bunyi asal – Dian_57

Hujung bulan ini dia akan menjalani pembedahan merawat kaki kanannya senget ke luar. Awaathif tak dapat berjalan macam orang biasa. Saya tanya ibunya, berapa lagi tak cukup. Dia kata total RM12,000, tak cukup dalam RM6,000 lebih.

Arul kemudian membuat keputusan untuk memanfaatkan pengaruhnya di TikTok dan mengumpul dana bagi membolehkan Awaathif menjalani rawatan tersebut.

 

Buat live sebelum jumpa

Sebelum melawat, Arul sempat membuat live dan berakta dia akan menyumbangkan 100 peratus hasil gift yang diterimanya kepada Awaathif.

Pada hari itu, saya berjaya kumpul RM700 untuk diserahkan kepada ibunya. Bila saya buat live (lagi), ramai tanya tentang adik itu dan minta buka sumbangan. Alhamdulillah dalam masa sehari saya dapat RM4,271 untuknya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...