Selepas setahun bercerai, bekas isteri kepada pelakon Luqman Hafidz, Nurul Atiqah telah memuat naik satu gambar seorang wanita di Instagram baru-baru ini.
Menerusi hantaran itu, dia mendedahkan wajah seorang wanita dipercayai merupakan orang ketiga yang menjadi punca perpisahannya dengan Luqman.
Kapsyen diletak oleh Nurul Atiqah pada gambar itu seolah-olah mahu memberitahu wanita bernama Eryn Gani itu merupakan punca keretakan rumah tangganya dan seperti menggambarkan wanita berkenaan ‘play victim’.
Penyondol, “VICTIM”.
Seorang individu memberikan komen dan berkata Eryn itu turut sama-sama berlakon dengan Luqman sebelum ini menerusi drama Cinta Yang Tertangguh.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.