Sebagai seorang bapa, Datuk Yusof Haslam akui terkejut selepas mendengar khabar angin mengatakan anak lelakinya, Syamsul Yusof kini sedang hangat bercinta dengan wanita baru.
Kata Yusof Haslam, dirinya serta isteri, Datin Patimah tidak tahu menahu berkenaan anak mereka sudah ‘dapat’ wanita lain biarpun usia perkahwinan bersama isteri, Ira Kazar belum cecah setahun.
Dalam pada itu, pengarah hebat itu beranggapan Syamsul mengenali wanita berkenaan ketika membeli kereta baharu.
View this post on Instagram
Tambahannya, tindakan Datin Patimah menyukai foto wanita tersebut bukanlah tanda dia merestui ‘hubungan’ mereka seperti yang didakwa netizen.
Bahkan turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang berkata dia serta isteri hanya mencari menantu yang setaraf sahaja.
Syamsul dan Ira dah jadi suami isteri. Soal dia nak madu ke atau dimadukan, bukan urusan saya. Lagipun dah lama tak jumpa.
Sebelum ini, tular foto Syamsul Yusof bersama wanita bernama Irenee Deanna di platform TikTok hingga ramai membuat andaian pengarah itu hangat bercinta.