“Dia Nak Kahwin Sebab Suaminya Mahu Sambung Belajar..” – Rozie Othman Dedah Alasan Sebenar, Akui Kecewa Syasya Keluar Dolla

Hiburan

“Dia Nak Kahwin Sebab Suaminya Mahu Sambung Belajar..” – Rozie Othman Dedah Alasan Sebenar, Akui Kecewa Syasya Keluar Dolla

Pelakon Rozie Othman mengakui kecewa dengan keputusan cucunya, Syasya yang memutuskan untuk menarik diri daripada kumpulan Dolla di saat nama kumpulan itu sedang memuncak dalam industri hiburan.

Terpaksa berlapang dada

Namun begitu, menghormati keputusan Syasya, Rozie terpaksa reda dengan perkara tersebut dan mendoakan kejayaan cucunya dalam apa juga keputusan yang diambil.

Advertisement

Syasya, mummy (nama panggilan Rozie) ucapkan tahniah dan selamat pengantin baharu walaupun mummy ada rasa kecewa kerana nama awak tengah naik dan buat keputusan untuk berkahwin.

 

Mummy dan keluarga terpaksa berlapang dada dan apa-apa keputusan, insya-Allah kalau suatu hari nanti awak mahu kembali. Saya doakan awak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ✨ SYASYA RIZAL ✨ (@syasya.rzl)

Sambung belajar di luar negara

Bukan itu sahaja, aktres ini juga mendedahkan bahawa salah satu sebab Syasya ingin berundur daripada Dolla adalah kerana ingin mengikuti suaminya ke luar negara untuk menyambung pelajaran.

Dia nak kahwin sebab suaminya mahu sambung belajar. Memang dia tidak mahu keluar tetapi disebabkan perjanjian sudah berkahwin kena keluar.

 

Insya-Allah, selepas raya haji Syasya dan suami akan bergerak ke luar negara untuk sambung belajar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ✨ SYASYA RIZAL ✨ (@syasya.rzl)

Terdahulu, dunia hiburan digemparkan dengan berita pernikahan Syasya pada 21 April lalu selepas pengunduran dirinya daripada kumpulan Dolla.

dolla
8 months ago

“Buat Masa Sekarang Mahu Berehat” - Masih Mempunyai Kontrak Bersama Universal Music, Ada Kemungkinan Syasya Bergerak Solo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...