Kecoh di media sosial apabila seorang wanita dipercayai isteri kepada penyanyi rap popular mendakwa suaminya telah berlaku curang. Melalui status yang ditulis di Instagram Story, wanita berkenaan mendakwa dirinya dan anak-anak telah diabaikan suami. Malah, dia mendakwa suaminya sudah empat kali melafazkan cerai.
BACA : ‘Aku Merayu, Melutut Kat Kaki Kau..’ – Isteri Penyanyi Rap Popular Dedah Suami Curang?
Memetik laporan Harian Metro, Aman Ra yang diwakili pegawai perhubungannya iaitu Joe Saiful berkata, dia belum dapat memberikan sebarang komen buat masa ini.
Pendedahan isteri
Penyanyi yang popular dengan lagu Bangun ini juga memohon sedikit ruang kerana isu yang dibangkitkan membabitkan urusan peribadi.
Buat masa ini Aman Ra belum boleh memberikan sebarang komen berhubung isu yang sedang tular. Namun dia akan berkongsi kenyataan rasmi secepat mungkin.
AdvertisementDia juga memohon sedikit ruang kerana masalah yang berlaku ini adalah sesuatu yang besar serta membabitkan isu peribadi.
Dalam pada itu, usaha wartawan Harian Metro untuk mendapatkan respon daripada isteri tidak berhasil apabila dia tidak menjawab mesej yang dihantar di Instagram.
Apa-apa pun semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

Kiah
February 11, 2021 at 2:27 am
If dah lafaz 4x tu bini lg ke?? Try pikiaq nape laki hg curang??
brunes
February 10, 2021 at 8:58 am
handsome lah amanra ni.. mwah mwah
Sajesinggah
February 9, 2021 at 7:23 pm
Menyalak kat pejabat agama pls.. kata dah cerai 4 kali nape nk meroyan lagi, Allah ade, patutla laki ni xnak dia dah, mulut dan bahasa Tuhan je tahu… okla bye, nk jage rumah tangga i pulok…