“Dia Minta Saya Abaikan Laporan Keluarga Baik-Baik Saja” – Sharifah Shahirah Dah Penat Beri Bantuan Pada Aman Graseka

Hiburan

“Dia Minta Saya Abaikan Laporan Keluarga Baik-Baik Saja” – Sharifah Shahirah Dah Penat Beri Bantuan Pada Aman Graseka

Sedia maklum, minggu lalu, penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah ada memuat naik hantaran di Instagram meminta orang ramai membantu derma pada pelakon 90-an, Aman Graseka yang ketika ini memerlukan bantuan.

Tiada niat mengaibkan

Tegas Shahirah, dia sama sekali tidak mempunyai sebarang niat mahu mengaibkan atau memalukan mana-mana pihak apabila memuat naik hantaran itu.

Advertisement

Katanya, dia hanya sudah tidak mampu untuk memberi bantuan kepada Aman terus-terusan selama beberapa tahun ini, bahkan sudah dapat izin kepada aktor itu sebelum membuat perkongsian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Ragu-ragu dengan identiti ‘sebenar’ Aman

Saya ada rasa was-was juga tapi saya tak kisah. Tak rugi pun sebab saya transfer duit tak banyak.

Penyampai radio yang juga merupakan pengacara itu tidak menafikan bahawa dia mempunyai perasaan ragu-ragu terhadap identiti sebenar Aman kerana bimbang ditipu.

Ia kerana pada zaman ini banyak saja kes-kes berkaitan dengan ‘scam’ terjadi dalam aplikasi telefon.

Keluarga dalam keadaan baik tak benar?

Bukan itu saja, Aman turut meminta agar Shahirah mengabaikan laporan mStar yang mengatakan dirinya serta keluarga dalam keadaan baik.

Tidak mahu memanjangkan cerita, Shahirah hanya mampu mendoakan agar Aman sentiasa dilimpah kurniakan rezeki serta diberi tawaran berlakon.

aman graseka
4 months ago

"Saya Jual Ketupat Dan Rendang" - Aman Graseka Nafi Minta Bantuan Nak Beri Anak Makan, Jelaskan Hal Sebenar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...