“Dia Minta Beri Masa, Kita Tunggu Sajalah..” – Abby Abadi Enggan Paksa Marissa, Cuba Selesaikan Masalah Dengan Cara Lembut

Hiburan

“Dia Minta Beri Masa, Kita Tunggu Sajalah..” – Abby Abadi Enggan Paksa Marissa, Cuba Selesaikan Masalah Dengan Cara Lembut

Baru-baru ini, aktres Abby Abadi mengakui masih belum menjumpai jalan penyelesaian mengenai isu anaknya, Marissa Dania yang telah bernikah di Thailand tanpa pengetahuan keluarga.

Tak paksa berbincang

Menurut Abby, dia tidak mahu memaksa anaknya itu untuk berbincang hal tersebut kerana bimbang ia akan lebih mengeruhkan keadaan. Tambah Abby, dia cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang lembut dan memberi masa kepada Marrisa bila diperlukan.

Advertisement

Kami ada berjumpa sebelum ini dan orang ada bertanya, kenapa saya tidak paksa atau ajak Marissa berbincang mengenai isu ini. Ia tidak semudah dikatakan.

 

Saya cuba berlembut untuk perbaiki hubungan. Sekarang adalah tempoh bertenang untuk beri dia peluang perbaiki keadaan.

 

Saya ada bertanya sampai bila perkara ini akan berlanjutan. Dia hanya minta diberikan masa. Jadi, kita tunggu sajalah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)

Marissa seorang yang pendiam

Tambahan pula, bekas isteri kepada pelakon Norman Hakim ini juga berkata perbincangan itu agak sukar dilakukan kerana anaknya yang memang susah meluahkan perasaan dan pendiam.

Anak saya itu memang kurang bercakap. Jadi, banyak persoalan yang tidak terjawab. Dia buat diam sahaja. Kita pula jenis orang yang tidak suka memaksa.

 

Jika itulah yang dia mahukan, saya biarkan sahaja. Jadi, kita tunggu sajalah hari yang sesuai dan Allah izinkan, kita berjumpa serta bercakap mengenai perkara ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Marissa Dania Hakim (@marissadania_)

Terdahulu, Abby telah mendedahkan kronologi hari pernikahan Marissa di Songkhla, Thailand dengan Aslam pada 27 Disember lalu. Pernikahan tersebut difahamkan berlangsung tanpa pengetahun keluarga.

marissa dania
9 months ago

"Never Fails" - Kapsyen Pendek Tapi Bermakna, Marissa Dania 'Upload' Foto Bersama Ibu Bapa Kandung & Tiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...