“Dia Menolak Badan Saya Berkali-Kali..” – Individu Dedah Suspek Yang Melanggar Zaharif Pernah Memukul Wanita Mengandung

Berita

“Dia Menolak Badan Saya Berkali-Kali..” – Individu Dedah Suspek Yang Melanggar Zaharif Pernah Memukul Wanita Mengandung

Susulan kes kematian pelajar sekolah berumur 17 tahun, Muhammad Zaharif Affendi yang terjadi berhampiran SMK Jati di Meru, Ipoh, kini ada yang mendedahkan fakta baru tentang suspek yang merupakan seorang pegawai kanan polis itu.

Pegawai kanan berusia 44 tahun berpangkat Deputi Superintenden dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu ternyata bukan kali pertama membuat kesalahan undang-undang. Sebelum ini pelaku juga didakwa pernah mencederakan seorang wanita hamil di sebuah kedai pakaian.

Advertisement

Dia masuk ke dalam kedai dan terus memaut leher saya dan terus menumbuk perut serta menolak badan saya berkali-kali ke mesin jahit.

Saya mengalami kesakitkan di perut akibat tumbukan kerana saya sedang mengandung dan saya takut jadi apa-apa hal kemudian hari.

ssSumber : Twitter  

Berdasarkan sebuah hantaran di laman Twitter, seorang individu mendedahkan laporan polis yang dibuat oleh wanita berkenaan serta apa yang pelaku tersebut lakukan. Mangsa juga berkata bahawa suspek turut memukul adik dan bapanya yang cuba untuk meleraikan pergolakan tersebut.

Bukan itu sahaja, ibu kepada lelaki berkenaan juga menyatakan rasa tidak puas hati kepada mangsa dan mengugut untuk datang ke rumahnya. Kes yang terjadi di Kelantan itu didakwa berjaya ditutupi oleh pihak tertentu yang menutup kes tersebut.

Terdahulu, difahamkan suspek tidak berpuas hati dengan seorang pelajar yang membawa motosikal sebelum mengejar dan melanggar mangsa dari arah belakang oleh kereta yang dipandunya.

kp
1 year ago

"Saya Beri Jaminan Tidak Akan Berkompromi.." - Ketua Polis Perak Pastikan Kes Zaharif Mendapat Kebenaran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...